"akak,esok ada usrah keluarga kita dkt tepi tasik kul 7 pagi, bawa sarapan tau & jangan lupa kita pakai pakaian sukan. kita nak berkayak"
"pendekatan baru dalam usrah,sangat menarik"monolog ana sendirian.
Mesej dari rakan naqibah ana untuk anak2 usrah ana. Dengan semangat berkobar2 ana buat reminder untuk persiapan usrah esok.
***
Masa dinantikan telah tiba. Ana dan seorang sahabat ana dari kolej yang sama bersiap sedia untuk pergi. Seorang lagi sahabat xdapat datang sbb ada kekangan. Kebetulan kami 2 orang yang dapat pergi nie masing2 ada motor.
"jom naik 1 motor ja laa" ana bg cdngan
"aku balik lewat lepas nie. ada meeting"
Kami pun bawak 2 moto. Naik sorang satu. Dalam perjalanan nak keluar kolej kami terserempak dengan seorang penghuni kolej ini hendak pulang ke kampung setelah habis exam. Banyak beg yang dibawa. Kebetulan hari minggu xada kenderaan nak ke jalan besar jadi budak itu terpaksa berjalan jauh ke jalan besar.
" weh, xmau tumpangkan budak 2 ke depan kaa??" tanya ana pada sahabat
"beg dia banyak sangat laa" sahabat ana menjawab sambil meneruskan perjalanan ke depan.
ana sedikit sedih........
selepas ana melintaskan moto ana ke seberang jalan untuk ke usrah tiba2 ana terdengar suatu bunyi yang kuat.
DUMMMMMMMMMM!!!!!
ana lihat dari side mirror, sahabat ana di tengah jalan. ana buat U-TURN dihdpn jalan dan berhentikan moto tidak jauh dari tempat kejadian.
"Napa weh??" ana bertanya
"rantai moto jatuh laa" dia menjawab
"tolak la ketepi, tengah jalan sangat 2 bahaya"ana menyuruh dia ke tepi..
Ana plak xtahu yang moto 2 xboleh tolak sebab rantai xdak. tayar belakang xleh gerak. depan jaa laa boleh. Tidak ada pun orang yang tolong kami. Mungkin takut kot dengan orang tudung labuh @ ALLAH nak bagi balasan. Ana lihat budak yang bawa beg tadi dah siap sampai di bus stand dkat jalan besar & siap lalu sebelah kitaorang.. Ana terkesima..
Nasib baik laa ALLAH bagi ana nie banyak lemak dan daging( gemuk laa 2). Ana mampu angkat moto 2 dan tolak ke sisi jalan. Alhamdulillah.
Diringkaskan cerita, dengan bantuan ALLAH, datang dua orang lelaki menolong dan akhirnya rantai dapat dipasang. Moto di hantar ke kedai untuk diservis.
Banyak pengajaran yang ana dapat dari kisah ini.Antaranya:
1. Tolong orang lain yang dalam kesusahan bila kita diberi sedikit kesenangan.(teringin nak jumpa budak 2 & minta maaf
2. Bersyukur dengan kelebihan dan kekurangan diri. Selama ini ramai yang ejek ana gemuk & ana malu dengan diri ana. Tapi hari ini ana bangga dengan diri ana
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui :al-baqarah216



