Thursday, November 20, 2008

"pengajaran ada dimana-mana"


"akak,esok ada usrah keluarga kita dkt tepi tasik kul 7 pagi, bawa sarapan tau & jangan lupa kita pakai pakaian sukan. kita nak berkayak"

"pendekatan baru dalam usrah,sangat menarik"monolog ana sendirian.

Mesej dari rakan naqibah ana untuk anak2 usrah ana. Dengan semangat berkobar2 ana buat reminder untuk persiapan usrah esok.

***
Masa dinantikan telah tiba. Ana dan seorang sahabat ana dari kolej yang sama bersiap sedia untuk pergi. Seorang lagi sahabat xdapat datang sbb ada kekangan. Kebetulan kami 2 orang yang dapat pergi nie masing2 ada motor.

"jom naik 1 motor ja laa" ana bg cdngan

"aku balik lewat lepas nie. ada meeting"

Kami pun bawak 2 moto. Naik sorang satu. Dalam perjalanan nak keluar kolej kami terserempak dengan seorang penghuni kolej ini hendak pulang ke kampung setelah habis exam. Banyak beg yang dibawa. Kebetulan hari minggu xada kenderaan nak ke jalan besar jadi budak itu terpaksa berjalan jauh ke jalan besar.

" weh, xmau tumpangkan budak 2 ke depan kaa??" tanya ana pada sahabat

"beg dia banyak sangat laa" sahabat ana menjawab sambil meneruskan perjalanan ke depan.

ana sedikit sedih........

selepas ana melintaskan moto ana ke seberang jalan untuk ke usrah tiba2 ana terdengar suatu bunyi yang kuat.


DUMMMMMMMMMM!!!!!

ana lihat dari side mirror, sahabat ana di tengah jalan. ana buat U-TURN dihdpn jalan dan berhentikan moto tidak jauh dari tempat kejadian.

"Napa weh??" ana bertanya

"rantai moto jatuh laa" dia menjawab

"tolak la ketepi, tengah jalan sangat 2 bahaya"ana menyuruh dia ke tepi..

Ana plak xtahu yang moto 2 xboleh tolak sebab rantai xdak. tayar belakang xleh gerak. depan jaa laa boleh. Tidak ada pun orang yang tolong kami. Mungkin takut kot dengan orang tudung labuh @ ALLAH nak bagi balasan. Ana lihat budak yang bawa beg tadi dah siap sampai di bus stand dkat jalan besar & siap lalu sebelah kitaorang.. Ana terkesima..

Nasib baik laa ALLAH bagi ana nie banyak lemak dan daging( gemuk laa 2). Ana mampu angkat moto 2 dan tolak ke sisi jalan. Alhamdulillah.

Diringkaskan cerita, dengan bantuan ALLAH, datang dua orang lelaki menolong dan akhirnya rantai dapat dipasang. Moto di hantar ke kedai untuk diservis.

Banyak pengajaran yang ana dapat dari kisah ini.Antaranya:

1. Tolong orang lain yang dalam kesusahan bila kita diberi sedikit kesenangan.(teringin nak jumpa budak 2 & minta maaf

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: "Tuhanku telah memuliakanku." Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rizkinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku" surah al fajr :15&16

2. Bersyukur dengan kelebihan dan kekurangan diri. Selama ini ramai yang ejek ana gemuk & ana malu dengan diri ana. Tapi hari ini ana bangga dengan diri ana

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui :al-baqarah216

Wednesday, November 12, 2008

harga DEGREE vs harga SPM/PMR/UPSR



Cuti sekolah makin hampir, jadi banyaklah kad2 kahwin yang ana dapat. Maklumlah semuanya mengharapkan ramai yang dapat datang memeriahkan walimah masing2. Yang bujang seperti ana pun turut teringin nak walimah bila ramai sahabat2 memberi kad. Tapi ana muda lagi, perjuangan ana masih jauh, impian ana belum tercapai.. hehehe..tapi klu takdir, xdapa laa nak menolak.. ahh lupakan.. ana membuka YM 2 hari lepas, nie perbualan ana dgn senior ana.. cukup menarik..

(^_^): salam..kaifahaluk ya ukhti..?? buat apa sekarang? dah keja ker??
Senior: HOII!!!!..LAMA XMESEJ AKAK.. SOMBONG EKK
(^_^): assalamualaikum..(
rasanya ana dah bg salam)
Senior: hehehe..waalaikumsalam..alhamdulillah chat.. akak dah keja.. keja biasa2 ja

(^_^): alhamdulillah, murah rezeki akak.. bila nak walimah??
Senior: xdak orang nak..huhuhu..
(^_^): ala, ramai jaa orang nak kat akak time belajar dulu.ana dengar akak pun dah di BMkan, akak ja yang jual mahal. Cuba la jual murah ckit kaa. lelong kaa.bagi percuma kaa Senior: LELONG????ingat akak nie PMR ka. akak nie DEGREE tau.ikut STANDARD LAA.. (^_^): ala, bukan boleh bawak msuk kubuq pun degree 2.
Senior: boleh per.. tanam skali, bagi ulat makan..hehehe

Macam2 ragam orang sekarang. Ana terfikir jugak, sapa la yang mencetuskan nak kawin perlu bayaq2 nie.. yang ana blajaq time SPM dulu yang wajib bayaq MAS KAWIN JAA.. hantaran tue sekadar hadiah, sejauh mana kita mampu..ana teringatkan kesusahan abang sulung ana mencari duit semata2 nak berkahwin. family kami xla senang sangat..dah laa kena tanggung kenduri sebelah laki dan perempuan, duit lagi kena bagi dekat belah perempuan sebagai hantaran.. pihak family sebelah perempuan pun mntk standard DEGREE, RM7000 x termasuk 3bentuk cincin.. kesian abang ana..ana sebagai perempuan pun kurang faham dengan situasi ini.. bagi ana, ana xkisah pun brapa nak bagi setakat mana yang termampu.. yang family plak, jangan laa sampai digelar "NAK JUAL ANAK".. ISLAMkan nak kita bersederhana.. Ana teringat kata2 mak ana selepas kenduri kawin abang ana satu ketika dahulu..

"mak kesian tengok orang2 laki yang susah2 kat luaq sana, nak kawin tapi xdak duit..klu la mak ramai anak perempuan, mak lelong ja kat depa..bagi percuma" "nasib baik mak xramai anak perempuan(aku sorang jaa perempuan dalam family), klu x mesti semua sedih..adik nak hantaran 10ribu" kata aku "jangan laa susahkan orang..nanti xdak keberkatan dalam umah tangga, mak mengalami ssah nak kawinkan anak lelaki & mak rasa siksanya. cari keja & duit sendiri, tolong antara satu sama lain.. xla raa terbeban" tegas mak aku


Aku diam memikirkannya..
Aku pun terasa jgk ksusahan abang aku nak kawin, tapi ego aku tinggi.
Nanti apa kata orang,hantaran ckit.. aku terbaca plak kisah artis yang bagi hantaran tinggi2 last2 cerai jgk.. aku terfikir sejenak........................

"KEBAHAGIAAN BUKAN TERLETAK PADA HANTARAN, TETAPI TERLETAK KEPADA PENTARBIYAHAN"

-natasyanasuha-

SUATU PERMULAAN>>PENGAKHIRAN BELUM PASTI....




Melihat sahabat2 seperjuangan mendapat title blogers, ana teringin untuk berkongsi ilmu, pengalaman atau apa sahaja melalui penulisan. Ilmu bukanlah tinggi untuk mencoret, cuma sekadar mencetus perasaan ingin tahu di kalangan semua pembaca. Diharap pembukaan blog ini tidak melalaikan ana dan sahabat2. wallahua'lam

-natasyanasuha-